Rozieana's Blog

Just another WordPress.com weblog

GENTIAN BUATAN March 12, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 6:17 am

SELULOSA TERJANA SEMULA

-Selulosa terjana semula diperoleh daripada campuran bahan kimia dengan selulosa daripada kayu atau serpihan kapas.

SUMBER SELULOSA TERJANA SEMULA

1. VISKOS

# Viskos adalah gentian yang dibuat daripada selulosa yang  dicampur dengan alkali dan soda kaustik.

# Negara pengeluar utama viskos ialah Russia, Jepun, Amerika Jerman dan Britain.

# Struktur gentian viskos kelihatan licin dan rata seperti rod kaca dan mempunyai jalur halus di permukaannya.

# Keratan rentas gentian menunjukkan gentian mempunyai banyak permukaan.

2. ASETAT

#. Gentian yang dibuat daripada selulosa serpihan kayu dan   kapas yang dicampurkan dengan bahan kimia.

# Pengeluar utama asetat ialah Amerika Syarikat, Russia dan Jepun.

# Gentian asetat panjang dan licin seperti rod kaca yang berlekuk-lekuk.

# Mengikut keratan rentas, gentian asetat mempunyai permukaan bercuping dan ia merupakan gentian yang paling lembut.

3. TRIASETAT

# Gentian yang diperbuat daripada campuran pulpa kayu dan asetik anhidrida dan metilena klorida.

Ia berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan.

Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan asetat kecuali selulosa triasetat akan terus dipintal menjadi filamen triasetat dan yan stapel.

Struktur dan ciri gentian triasetat adalah hampir sama dengan gentian asetat.

SINTETIK

-Sintetik adalah gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum.

Poliamida (nilon) – arang batu, udara dan air

Poliester             – petroleum dan etilena

Akrilik                – petroleum, ammonia dan air

SUMBER SINTETIK

POLIAMIDA

-Bahan asas untuk membuat poliamida atau nilon adalah arang batu, udara dan air.

Tiga jenis poliamida dikenali sebagai nilon 11, nilon 6,6 dan nilon 6.

Negara pengeluar utama poliamida ialah Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun.

Struktur poliamida adalah seperti rod kaca licin dan rata.

Keratan rentas untuk poliamida berbentuk bulat.

POLIESTER

Bahan asas untuk membuat poliester ialah petroleum dan etilena.

Pengeluar utama polyester ialah Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun.

Strukturnya adalah licin dan rata seperti rod kaca.

Keratan rentas gentian poliester berbentuk bulat.

AKRILIK

Bahan asas untuk membuat akrilik ialah petroleum, ammonia dan air.

Pengeluar utama ialah Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.

Strukturnya adalah seperti rod kaca yang lutcahaya dan mempunyai permukaan yang tidak berkilat.

Permukaan keratan rentas gentian akrilik berbentuk

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s