Rozieana's Blog

Just another WordPress.com weblog

PERANAN PAKAIAN February 28, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 8:18 am

PERANAN PAKAIAN

Adakah kamu memilih pakaian sendiri? Apakah jenis pakaian yang kamu suka? Mengapa? Adakah kawan kamu suka pemilihan  berpakaian kamu? Adakah remaja ditempat kamu berpakaian begitu?

ü      Faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian adalah:

1)      Keperluan fisiologi

Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungi kulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh.

Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contoh, pakaian kanak-kanak perlulah longgar, selesa, dan mempunyai stail yang ringkas kerana mereka aktif.

Pemilihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh badan seseorang

Kelihatan lebih menarik. Contoh, jika seseorang itu kurus dan langsing, corak fabrik jalur melintang, warna yang terang dan garang, dan fabrik yang tebal atau stail pakaian yang kembang sesuai untuknya.

2)     Pendidikan

Pendidikan ekonomi rumah tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian.

3)     Pendapatan keluarga

Pakaian yang eksklusif yang dibuat daripada fabrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkan status atau pendapatan seseorang.

4)     Geografi

Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas fabrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah fabrik yang dapat menyerap lembapan dan stail yang sesuai adalah yang longgar untuk memudahkan peredaran udara.

Pakaian tebal daripada fabrik bulu biri-biri atau kulit diperlukan di negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup seluruh tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udara dan mengekalkan haba tubuh.

5)     Budaya dan agama

Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Contohnya, kebaya adalah pakaian tradisional orang Melayu, ceongsam pakaian orang Cina da sari adalah pakaian orang India.

Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat. Bagi penganut agama lain, mereka mempunyai ketetapan pakaian mengikut agama masing-masing. Selain itu warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakain member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.

6)     Kemajuan teknologi

Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siap dikeluarkan dengan cepat, mudah dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentetik, membolehkan kita mempunyai fabrik dan kemasan yang baru seperti menjadikaan pakaian tidak renyuk dan mudah dijaga. Perkembagan media massa seperti filem dan video juga turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian  individu.

7)     Keperluan social

Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan  dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada suatu masa dan keadaan yang tertentu. Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk upacara  rasmi, dan pakaian seragam untuk menjalankan tugas tertentu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s