Rozieana's Blog

Just another WordPress.com weblog

it’s meeeee! May 3, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 3:19 pm

 

Namaku ROZIEANA.. April 17, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 8:53 am

klasikkn name aku???..akak aku yg bg name tue. Die kate mse 1989 nme tu la yg paling famous. Hehehe.ape2 je la jnji aku ade name..kwn2 pggil aku ‘yana’. Ade sorg kwn tu pggil aku ‘wana’ name die Norhayati Ahmad Udin. Kuarga aku lak panggil aku ‘ina’ . Cikgu yati kt sek panggil aku Rozie.haaa nme nie pling aku tak bkenan mcm gedik jer bnyi..aku gedik ker? Oooppps terlebih sudaaa.huhuhu. ‘zieana’ nme sign aku..waaaaaa byk siot name aku.hahaha. ‘ana’ jer blom ade org pggil lg dan yg pling best ‘ayg’ nk tawu sape panggil? Of course la my lovely person ‘Mohd Syamim Shukri’. hah, ade lg satu name aku rase korg pon tak terpikir kowt,’Ros’?? Miss Chin li yeun pggil aku..bese ar org cine mane nk reti sgt sebut name bdk2 melayu nie.siap kate name aku tak sedap lak tue,mmg berterus terang betul..Alkisahlah cite tentang name aku nie..aku nie bdk kg jer,da la tak cute ape lg cantek. Tapi walau ape pown aku syg diri aku. Bia la ape org nk kate….da tuhan da bg mcm nie time jelah(ayt nk sedapkan hati)..hahaha. dari kecik smpai besar dok kg jer..sek rendah kt kg,sek menengah kt kg sampai form 6 lak tue,mmg tak bape bkmbang la otak aku..last2 aku kuar gak dr kg terus mai jauh,UPM serdang oooo..setelah aku bertungkus mulus stdy f6 utk smbung degree..ALHAMDULLILAH hasrat aku tercapai akhirnya… walaupun tmpt nie agak asing bg aku,aku cube sesuaikn diri sebaik yg mungkin. tak de lg mak ayah,tak de lg adek,kak..yg ade hnyelah kwn2..nsib baek dpt kwn2 1 kepala klu tak susah la nk idop. Aku seorg yg simple,open minded,tp kdg2 agak snsitif,tah la..aku pon tak phm sgt diri aku.huhuhu.(^_^)

 

GENTIAN BUATAN March 12, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 6:17 am

SELULOSA TERJANA SEMULA

-Selulosa terjana semula diperoleh daripada campuran bahan kimia dengan selulosa daripada kayu atau serpihan kapas.

SUMBER SELULOSA TERJANA SEMULA

1. VISKOS

# Viskos adalah gentian yang dibuat daripada selulosa yang  dicampur dengan alkali dan soda kaustik.

# Negara pengeluar utama viskos ialah Russia, Jepun, Amerika Jerman dan Britain.

# Struktur gentian viskos kelihatan licin dan rata seperti rod kaca dan mempunyai jalur halus di permukaannya.

# Keratan rentas gentian menunjukkan gentian mempunyai banyak permukaan.

2. ASETAT

#. Gentian yang dibuat daripada selulosa serpihan kayu dan   kapas yang dicampurkan dengan bahan kimia.

# Pengeluar utama asetat ialah Amerika Syarikat, Russia dan Jepun.

# Gentian asetat panjang dan licin seperti rod kaca yang berlekuk-lekuk.

# Mengikut keratan rentas, gentian asetat mempunyai permukaan bercuping dan ia merupakan gentian yang paling lembut.

3. TRIASETAT

# Gentian yang diperbuat daripada campuran pulpa kayu dan asetik anhidrida dan metilena klorida.

Ia berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan.

Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan asetat kecuali selulosa triasetat akan terus dipintal menjadi filamen triasetat dan yan stapel.

Struktur dan ciri gentian triasetat adalah hampir sama dengan gentian asetat.

SINTETIK

-Sintetik adalah gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum.

Poliamida (nilon) – arang batu, udara dan air

Poliester             – petroleum dan etilena

Akrilik                – petroleum, ammonia dan air

SUMBER SINTETIK

POLIAMIDA

-Bahan asas untuk membuat poliamida atau nilon adalah arang batu, udara dan air.

Tiga jenis poliamida dikenali sebagai nilon 11, nilon 6,6 dan nilon 6.

Negara pengeluar utama poliamida ialah Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun.

Struktur poliamida adalah seperti rod kaca licin dan rata.

Keratan rentas untuk poliamida berbentuk bulat.

POLIESTER

Bahan asas untuk membuat poliester ialah petroleum dan etilena.

Pengeluar utama polyester ialah Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun.

Strukturnya adalah licin dan rata seperti rod kaca.

Keratan rentas gentian poliester berbentuk bulat.

AKRILIK

Bahan asas untuk membuat akrilik ialah petroleum, ammonia dan air.

Pengeluar utama ialah Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.

Strukturnya adalah seperti rod kaca yang lutcahaya dan mempunyai permukaan yang tidak berkilat.

Permukaan keratan rentas gentian akrilik berbentuk

 

KAJIAN FABRIK March 5, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 4:11 am

Gentian dapat dikelaskan kepada:

1  Gentian asli

2  Gentian buatan

Gentian asli

gentian asli daripada sumber semula jadi, ialah:

Gentian tumbuhan

ü  Gentian haiwan

Gentian tumbuhan:

Gentian tumbuhan untuk fabric adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80 peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsure karbon, hydrogen, dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan.

Kapas

Pokok kapas banyak ditanam di Negara India, Amerika Syarikat, Russia, China, dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas.

Lenggai ini membesar sehingga sebesartelur ayam, terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas.

Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis:

ü  Kapas Sea Island

ü  Kapas Mesir

ü  Kapas Amerika

ü  Kapas India

Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabric yang ringanseperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabric yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelenkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menhasilkan fabric berkualiti rendah.

Struktur gentian kapas

Gentian kapas dibentuk daripada unit sel yang merupakan tiub yang pipih, berpintal dan terdapat limen di tengahnya.

Ciri-ciri gentian kapas

kekukuhan - kukuh

- bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap   mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan yang berhablur di dalam selulosa.

-kotoran dapat dikelurkan dengan mudah.

kekenyalan - Tidak kenyal

- dapat mengekalkan bentuknya

- pakaian mudah renyuk

Penyerapan lembapan -bersifat hidrofilik

-mudah menyerap lembapan

-mengandungi 7% lembapan dan dapat menerap sehingga

21% air

-selesa dipakai

-contoh: tuala

-mudah menyerap warna

-tiada cas elektrostatik

Pengalir haba -Pengalir haba yang baik

-dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk

-diseterika pada suhu tinggi

Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabric

-asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan

Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen pencuci

-perlu dibilas sehingga bersih

Ketahanan terhadap cahaya matahari -tidak memberikan kesan

-warna pakaian menjadi pudar selepas dijemur adalah kerana pewarna yang tidak berkualiti rendah.

Proses membuat yan kapas:

1. pengasingan

2. pembentukan lap

3. penyisiran

4. penipisan

5. pemintalan

proses membuat yan kapas

Selepas kapas dipetik, proses memisahkan gentian kapas daripada biji benih dikenali sebagai pengasingan.

Kapas berbiji dimasukkan ke dalam mesin yang mempunyai gergaji untuk mencengkau gentian dan menariknya ke dalam beberapa lubang sempit. Biji kapas yang bersaiz  besar tidak dapat masuk ke dalam lubang dan gentian dipisahkan daripada biji.

Untuk memudahkan  pengangkutan ke kilang tekstil,gentian kapas dimampatkan menjadi beberapa bendela, kemudian digred mengikut standard yang telah berasaskan purata panjang, kebersihan, keputihan, kehalusan kekuatan, dan kematangan.

Linen

Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di Russia, Poland, Perancis, dan Romania. Tinggi pokok fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus, bunganya biru atau putih dan berbatang kecil. Gentian yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika batangnya berwarna hijau. Gentian fleks menghasilkan yan dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, dan berkilat. Yan urai digunakan untuk membuat fabric batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga, dan pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut, dn terasa panas apabila dipegang. Tow digunakan untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala.

Struktur gentian fleks

Gentian fleks berupa satu jaluran yang mengandungi lebih kurang 30 unit sel. Purata panjang gentian adalah lebih kurang 500 milimeter. Ketebalan gentian bergantung kepada jumlah sel yang terdapat dalam gentian tersebut.

Sel gentian fleks dipastikan dengan adanya ruuas apabila di lihat dibawah mikroskop. Bentuk permukaan keratin rentas gentian fleks adalah polygonal. Gentian fleks mengandungi gam dan lilin.

Ciri-ciri gentian linen

kekukuhan - paling kukuh

- bertambah kukuh apabila basah kerana kerana permukaan selnya yang berpoligon

kekenyalan - Tidak kenyal

- dapat mengekalkan bentuknya

- pakaian mudah renyuk

Penyerapan lembapan -mudah menyerap lembapan

-menyerap 20% air

-kering lebih cepat

Pengalir haba -Pengalir haba yang baik

-dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk

-diseterika pada suhu tinggi

Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabric

-asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan

Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen pencuci

-perlu dibilas sehingga bersih

Ketahanan terhadap cahaya matahari -tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari

Proses membuat yan lilin:

1. Pereputan

2. Pembantingan

3. Penyisiran

4. Penipisan

5. Pemintalan

Gentian haiwan

Benang sayat ialah gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut, bulu, dan filament.

Sutera

Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.

Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein ‘fibrion’ dan membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila terdedah di utara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang meletakkan kedua-dua filament.

Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka lapan hingga terbentuk kokun. Dalam membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompang menebuk kokun yang boleh memendekkan filament dan merendahkan kualiti sutera.

Kebanyakkan filamen sutera diperoleh daripada bombyx morri, iaitu sejenis kupu-kupu yang diternak. Sutera liar seperti Tussah atau Tussur diperoleh apabila kupu-kupu Antherea, sejenis kupu-kupu liar dikumpulan dari pokok di Asia Tenggara. Kupu-kupu ini makan daun oak dan menghasilkan sutera yang berwarna krim, kuning atau hijau.

Struktur filamen sutera

Fibroin tersusun rapat untuk membentuk kawasan berhablur yang menjadikan gentian sutera kukuh. Filamen sutera kelihatan seperti rod licin dan keratin rentasnya berbentuk segitiga. Bentuk segitiga ini member kilauan kepada fabrik.

Ciri-ciri filamen sutera

kekukuhan -  kukuh

- ketika basah sutera akan kehilangan 20% kekukuhannya.

kekenyalan - kekenyalan sutera bergantung kepada kualiti.

- sutera yang tidak baik akan mudah renyuk

Penyerapan lembapan -fabrik sutera adalah ringan

-menyerap 20% air

-kering lebih cepat

Pengalir haba -Pengalir haba yang kurang baik

-dapat mengekalkan suhu udara terlalu tinggi atau rendah

-diseterika pada suhu rendah

Tindakan asid -asid dan garam seperti peluh dan buah-buahan , agen pencuci dapat merosakkan sutera
Tindakan alkali -dapat melemah dan merosakkan sutera.

-sutera memerlukan agen pencuci yang lembut.

Ketahanan terhadap cahaya matahari -tidak tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari

-perlu dikeringkan ditempat teduh.

 

PERANAN PAKAIAN February 28, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 8:18 am

PERANAN PAKAIAN

Adakah kamu memilih pakaian sendiri? Apakah jenis pakaian yang kamu suka? Mengapa? Adakah kawan kamu suka pemilihan  berpakaian kamu? Adakah remaja ditempat kamu berpakaian begitu?

ü      Faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian adalah:

1)      Keperluan fisiologi

Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungi kulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh.

Umur dan bentuk tubuh seseorang dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contoh, pakaian kanak-kanak perlulah longgar, selesa, dan mempunyai stail yang ringkas kerana mereka aktif.

Pemilihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh badan seseorang

Kelihatan lebih menarik. Contoh, jika seseorang itu kurus dan langsing, corak fabrik jalur melintang, warna yang terang dan garang, dan fabrik yang tebal atau stail pakaian yang kembang sesuai untuknya.

2)     Pendidikan

Pendidikan ekonomi rumah tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian.

3)     Pendapatan keluarga

Pakaian yang eksklusif yang dibuat daripada fabrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkan status atau pendapatan seseorang.

4)     Geografi

Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas fabrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah fabrik yang dapat menyerap lembapan dan stail yang sesuai adalah yang longgar untuk memudahkan peredaran udara.

Pakaian tebal daripada fabrik bulu biri-biri atau kulit diperlukan di negara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup seluruh tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udara dan mengekalkan haba tubuh.

5)     Budaya dan agama

Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum. Contohnya, kebaya adalah pakaian tradisional orang Melayu, ceongsam pakaian orang Cina da sari adalah pakaian orang India.

Bagi orang Islam, pakaian mereka perlu menutup aurat. Bagi penganut agama lain, mereka mempunyai ketetapan pakaian mengikut agama masing-masing. Selain itu warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakain member pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.

6)     Kemajuan teknologi

Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siap dikeluarkan dengan cepat, mudah dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentetik, membolehkan kita mempunyai fabrik dan kemasan yang baru seperti menjadikaan pakaian tidak renyuk dan mudah dijaga. Perkembagan media massa seperti filem dan video juga turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian  individu.

7)     Keperluan social

Seseorang individu memainkan berbagai-bagai peranan  dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada suatu masa dan keadaan yang tertentu. Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk upacara  rasmi, dan pakaian seragam untuk menjalankan tugas tertentu.

 

Assalamualaikum. February 24, 2010

Filed under: Uncategorized — rozieana @ 7:38 am

selamat datang ke rozieana’s blog!

hope korang enjoy la k geledah blog aku nie.

aku pon budak baru lagi same aje macam korang tue.

hehe mari kite belajar same2.

demi cik mek yang tercinta :)

phewit2!!

ops, lupe plak.

tajuk aku, ‘pakaian’..

selamat membace!

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.